Rahsia Di Sebalik Tarikh Lahir

KALAU ANDA DILAHIRKAN PADA :   (DALAM MANA2 BULAN)

1HB, 10HB, 19HB & 28HB = No. 1
2HB, 11HB, 20HB & 29HB = No. 2
3HB, 12HB, 21HB & 30HB = No. 3
4HB, 13HB, 22HB & 31HB = No. 4
5HB, 14HB, 23HB        = No. 5
6HB, 15HB, 24HB        = No. 6
7HB, 16HB, 25HB        = No. 7
8HB, 17HB, 26HB        = No. 8
9HB, 18HB, 25HB        = No. 9



No. 1 


Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada dibawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkhawin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentang dengan pendapat dengan anda. Malah anda juga akan menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda seorang yang professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.


Pasangan ideal anda : No. 4, 6, 8.


No. 2 


Tidak kira apapun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang sukakan bulan. Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.


Pasangan ideal anda : No. 2,5,9.


No. 3 


Anda seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri.Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik jadi ke mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.


Pasangan ideal anda : No. 6, 9.


No. 4 


Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan-kawan yang menhadapi masalah tanpa berfikir panjang. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit dan selepas itu menjauhi diri daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.


Pasangan ideal anda : No. 1, 8.


No. 5


Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor dalam kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.


Pasangan ideal anda : No. 1, 2, 9.




No. 6 


Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak perlukan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang yang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik). Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil dan mempunyai penilaian yang tajam.


Pasangan ideal anda : No. 1, 3, 9.


No. 7 


Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.


Pasangan ideal anda : No. 2.


No. 8 


Anda mempunyai personaliti yang amat kuat jadi tidak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang berdisiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, ahli keluarga dan pejuang yang sangat bagus.


Pasangan ideal anda : No. 1, 4.


No. 9 


Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibubapa anda. Tetapi apabila usia anda semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan menghormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin dengan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.


Pasangan ideal anda : No. 3, 5, 6. 




p/s : Saya dilahirkan pada 23HB, jadi saya No. 5... hehe.. 
      Anda pula??

0 comments:

Post a Comment