My Career: Drinking Water Quality Control Unit

Entri sy kali ni, adalah mengenai kerjaya saya iaitu unit Kawalan Mutu Air Minum, unit yg sy pegang bermula dari tarikh 14hbMei2012. Unit Kawalan Mutu Air Minum ini lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu KMAM (cara sebutannya ialah KeMaM @ K-mam). Sejujurnya sy masih agak blur tentang unit ini, sebab dulu masa praktikal lebih byk buat praktikal di lapangan berbanding urusan fail,pekeliling dan urusan surat menyurat. So skrg sy masih dlm proses pembelajaran mengenali unit KMAM ini. Lagipun, sy masih under pengawasan IKK U32 yg pegang unit ini sebelum sy masuk. agak mencabar juga tugas PPKP Unit KMAM ini walaupun nampak x banyak keja.

Unit Kawalan Mutu Air Minum

Latar Belakang

* Program kebangsaan pemantauan kualiti bekalan air minum telah mula dilaksanakan pada tahun 1985 di Kementerian Kesihatan Malaysia dan merupakan satu program kesihatan preventif khususnya penyakit bawaan air.

 * Di Negeri Sabah, program pemantauan kualiti bekalan air awam telah dilaksanakan sejak tahun 1987 oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

* Di peringkat negeri, penyelaras kepada program ini adalah Seksyen KMAM, Unit Kejuteraan, JKN Sabah.

* Pada tahun 2010, pemantauan bekalan air awam dijalankan di 41 buah loji rawatan air di 43 rangkaian. * Ini melibatkan sebanyak 452 stesen persampelan di seluruh negeri Sabah.

* Selain pemantauan kualiti bekalan air di pusat pelancongan dan ladang juga dijalankan di bawah program KMAM.


Fungsi

Objektif utama program adalah meninggikan taraf kesihatan orang ramai dengan memastikan air minum yang dibekalkan adalah selamat dan boleh diterima oleh para pengguna. Ini boleh dicapai melalui satu program pengawalan yang berkesan dengan mengurangkan berlakunya penyakit wabak air atau keracunan yang berkaitan dengan bekalan-bekalan air yang tidak memuaskan. Program ini memastikan kakitangan kesihatan memaklumkan Jabatan Air dan Syarikat Air segera tentang pelanggaran kualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersedia untuk mengambil langkah pemulihan sebelum berlakunya wabak penyakit atau keracunan bawaan air.


Aktiviti Unit KMAM

1. Kajian Kebersihan
2. Pemprosesan dan penilaian data
3. Tindakan pemulihan
4. Pengawasan Mutu Air Ladang
5. Pengawasan Mutu Air Hospital
6. Pengawasan Mutu Air PLKN
7. Pengawasan Mutu Air ketika bencana/wabak/catuan air
8. Pengawasan Mutu Air semasa acara sukan dan persidangan antarabangsa




2 comments:

  1. HI.... boleh x tolong jelaskan apakah itu persampelan kimia air minum, fungsi dan kepentingannya????

    ReplyDelete
  2. HI.... boleh x tolong jelaskan apakah itu persampelan kimia air minum, fungsi dan kepentingannya????

    ReplyDelete