I'm Assistant Environmental Health Officer??

~bakal PPKP yang nakal..:D ~


Percaya atau tidak aku bakal menjadi Inspektor Kesihatan..Rasanya bolehkah aku menjalankan tanggungjawab sebagai PPKP..Tahun depan aku akan memulakan kerjaya sebagai PPKP mungkin dalam hujung bulan Februari atau Mac dan aku tak tahu di mana aku akan ditempatkan untuk bekerja. Sebolehnya aku mahu dapat penempatan kerja di negeri asalku, SABAH. Tapi kalau dapat negeri lain pun tak apalah, aku terima seadanya. Huhu.. Entahlah, dalam fikiran aku memang tidak sabar untuk bekerja tapi takut pula.. Kerja sebagai PPKP ni berat wei.. Tu lah dulu apply kerja kat SPA main hentam jak.. haha.. Lucu pula aku pilih PPKP antara salah satu daripada 10 pilihan permohonan disebabkan namanya yang agak menarik. Oh ya,PPKP tu singkatan bagi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.. 


Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang sebab bukan senang mahu dapat tawaran latihan separa perubatan ni. Dan sekarang sudah hampir genap 3 tahun aku bersekolah di Tanah Semenanjung ini bermakna alam pekerjaan sudah menghampiri. Bersediakah diri ini menghadapi liku-liku kehidupan sebagai PPKP? Aku berharap semua menjadi baik. Aku akan berusaha sedaya upayaku. 

2 comments: