Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki
itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan
air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan utk terus
tabah menyintai lelaki itu.
Apabila seorang perempuan marah, dia tidak
mampu mgawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sgt mgambil berat
dan myayangi lelaki itu . Lihat shja pasangan yg baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi pcayalah semakin btambah syg mrk pd seseorg, smakin byk pula
ptelingkahan yg berlaku.
Apabila perempuan itu bcakap byk, dia tidak
pernah bmaksud utk membuat anda rimas , tp dia mahu lelaki mengenalinya dgn
lebih dekat.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda
berubah, itu bukan bermakna dia tidak tahu menerima anda seadanya, tetapi dia
mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
Apabila perempuan cemburu dan tidak
percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan
anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuaanya sangat kuat. Dia hanya
mahu yang terbaik dari anda.
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘ I
LOVE YOU’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
Apabila perempuan kata dia rindu dengan
kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
Andai perempuan kata lelaki lain itu lebih
baik dari kamu, jangan percya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia hanya melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan
kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan
bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu
mampu bersabar dengan karenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya di menukar fikirannya dalam
masa sesaat.
Apabila perempuan berkata, “ tolong
tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh nda pergi selamanya. Dia hanya
mampu memenangkan fikirannya sebentar sahaja. Apabila kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai
anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitive dengan perubahan pada
diri anda.
~NOTE : I just copy from http://www.sentuhanmaya.com/2011/03/andai-lelaki-tahu.html..
I post this because I think it's kind a true about woman... and especially me..
0 comments:
Post a Comment