I'm Kadazan Dusun Papar..



Bapa saya Dusun, mama saya pun Dusun juga.. Tapi bangsa kami adik beradik surat beranak/IC Kadazan.. Saya pun tidak tahu kenapa boleh jadi macam tu.. hehe.. Tapi apapun Kadazan dan Dusun adalah sama.. Cuma yang membezakannya adalah dari segi bahasa. Itupun hanya sedikit perbezaan. Contohnya, besar dalam bahasa Dusun adalah 'agayo' manakala dalam bahasa Kadazan pula ialah 'agazo'. Itu antara perkataan yang saya tahu.. huhu.. Bahasa Kadazan lebih guna banyak huruf 'z'... Mostly, wajah orang Kadazan Dusun lebih kepada 'chinese look'.. Macam saya juga.. hehe.. (perasan kejap..huhu) Tapi kenyataan tu.. haha.. sebab bila saya pergi kedai then bayar barang yang saya beli di kaunter, tauke kedai cakap bahasa Cina dengan saya.. Saya apa lagi terpinga-pinga sebab tidak faham kan.. Nasib baik tahu sikit2 bahasa Mandarin, tu pun yang basic jak.. Bukan di kedai jak, banyak lagi yang salah tafsir muka saya ni.. Mungkin disebabkan saya mempunyai darah Cina (sikit jak..), sebab nenek sebelah bapa saya kacukan Cina dan Dusun.. Memang dari kecik terdedah dengan sedikit budaya orang Cina tapi tidak sepenuhnya. Every year sambut 'Chinese New Year' (CNY).. Tapi saya dah 3 tahun tidak dapat sambut CNY, sebab tidak ada duit tambang mahu balik Sabah. :( Saya masih ingat dulu satiap CNY Eve nenek saya akan melakukan satu 'ritual' (sembahyang). Nenek saya cakap 'ritual' tu untuk arwah datuk dan nenek moyang saya. Nenek saya buat 1 pondok kecik di situ dia letak beberapa jenis makanan contohnya kuih bakul, limau mandarin, kacang, minuman.. Then, nenek saya akan membakar 'duit kertas', 'pakaian kertas', 'kasut kertas'. Kata nenek saya itu untuk 'mereka' di atas sana. Semua itu adalah untuk 'mereka' pakai dan belanjakan duit2 tersebut semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Tapi itu semua tidak berapa penting, sebab saya tidak rasa pun saya ni ada Chinese blood sebab dah jauh kan.. yang penting saya ni anak Dusun + Kadazan ! Dan saya bangga kerana saya berbangsa dari suku kaum Kadazan Dusun.. Sebab kaum Kadazan Dusun merupakan kaum majoriti di Sabah. Kaum Kadazan Dusun mempunyai keunikan yang tersendiri. Sebab setiap daerah mempunyai loghat bahasa Kadazan Dusun yang tersendiri. Begitu juga alunan paluan 'gong'.. Pakaian tradisional Kadazan Dusun juga berbeza mengikut daerah-daerah.

Dan saya merupakan suku kaum Kadazan Dusun daerah Papar. Gambar di bawah ini pakaian tradisional Kadazan Dusun dari Daerah Papar..



Tanak Wagu & Sumandak
Sazau adalah tarian tradisional bagi Kaum Kadazan Dusun Papar..  Video di bawah ini saya dapat dari You Tube.. I'm so amazed to watch this video because the dancer is Sarawakian. 

0 comments:

Post a Comment