Terima Kasih Tuhan

~ Little Angel now in a heaven~
Aunty always miss u..
Aku sememangnya sukakan budak. Aku pernah menjadi seorang "aunty", namun hanya selama 2 bulan. Selama 2 bulan itu, aku berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang anak buah yang sangat comel. Si comel dilahirkan pada 2hbMei2009. Nama si comel itu Kimberly Chan Xijie, dan nama panggilannya ialah Kim. Setiap minggu aku akan balik ke rumah kakak sulungku di Seri Kembangan, Selangor untuk melihat si comel itu.


~dikebumikan pada 8/07/2009 ~
Namun, ajal maut adalah ketentuan Tuhan kita tidak tahu bilakah malaikat maut akan mengambil nyawa kita ini.. Si comel telah pergi meninggalkan kami semua yang menyayanginya pada 6hbJulai2009, 10.10 malam. Semasa aku mendapat tahu bahawa 'dia' telah tiada aku bagaikan tidak dapat menerima berita itu. Bayangkan aku hanya mengetahui pada keesokan harinya pada 7hbJulai2009 melalui panggilan telefon oleh emakku. Sejurus mendengar berita itu, aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku jatuh. Paling memedihkan, dalam hati ini mengatakan si comel masih hidup. Ketika itu,aku baru mahu turun ke bawah hostelku untuk menunggu bas pergi ke kolej. Kawan-kawanku hairan melihat aku menangis secara tiba-tiba. Lalu mereka bertanya kepadaku, "kenapa ko Jez?" Aku hanya menjawab dengan teresak-esak "Kim sudah tiada.." Ternyata mereka terkejut mendengar kata-kataku itu. Semua mereka menyuruhku bersabar. Aku tidak tahu mengapa aku pergi jua ke kelas pada pagi tersebut. Sepanjang kelas berlangsung, aku tidak mampu untuk menumpukan perhatian. Yang aku tahu pada masa itu aku hanya terbayang-bayang akan si comel.


Pemergiannya kurelakan walaupun sebenarnya berat hati ini "melepaskannya". Dulu, aku memang selalu menangis apabila teringatkan dia. Namun akhirnya aku sedar Tuhan lebih menyayanginya. Dan aku percaya sekarang dia gembira berada di syurga. Syukur pada Tuhan si comel ini sempat dibaptis disaat dia  nazak. Nama baptis dia ialah Ann. Namun, paling menyedihkan emakku tidak sempat pun untuk mendukung cucu sulungnya itu. Padahal bulan Ogos 2009 emakku mahu terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat cucu pertamanya itu. Emakku sempat melihat cucu pertamanya itu tetapi cucunya itu berada dalam sebuah keranda! hmm.. 


Jika dia masih hidup, usia dia sekarang adalah 2 tahun 4 bulan. Aku pasti sekiranya dia masih ada di dunia ini dia adalah kanak-kanak yang sangat comel sebab dia mempunyai lesung pipit di tepi bibir iras seperti kakakku.. Namun, semua itu hanyalah kenangan. Kenangan yang tidak akan kulupakan! 


Dan pada hari ini, aku mendapat berita yang mengembirakan kami sekeluarga. Kakak sulungku telah mengandung lagi. Ini adalah berita yang kami memang nantikan. Ini kerana, kakakku ini hanya boleh mengandung setelah tempoh 3 tahun disebabkan dia melahirkan   si comel secara caesarian. Aku harap semuanya berjalan lancar. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan 'rezeki' kepada kakakku. Semoga kandungannya sihat.. Amen + +


p/s : semasa mengarang kisahku ini, airmata ini mengalir.. hmm..

2 comments: