Debaran berakhir..saya lulus!

hari ini, 14hbMac2012. saya telah menduduki ujian ulangan JPJ bahagian II iaitu mendaki bukit, parking dan tiga penjuru. Fuh, kali ni yg tester di bukit bapak garang.. huhu.. Menjadi calon pertama memulakan ujian, memang nervous ngan takut. Tapi kali ni rasa nervous tu dah berkurang, mungkin sebab dah ada pengalaman. Betul la org cakap pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa.. =)
Mula2 naik tu, okay tapi sy tidak puas hati. Sy ingatkan pegawai JPJ tu akan komen or bagi arahan kalo x okay..sebab last week punya tester kalo dia x puas hati dia akan bgtau ulang semula.. So, dengan beraninya  sy p tanya tester tu, yg ni ok ka? Tidak sangka pula tester tu marah sy.. haha! Dia ckp camni; "Sy bukan tutor kamu, sy tester kamu. Kalo kamu rasa dah sedia angkat tangan. So, dgn rasa gabra sy mengambil keputusan untuk turun dan buat sekali lagi. huh.. memang agak berisiko, sbb org kata buat 2nd time ni risiko tinggi, tp tgk keadaan tayar tadi memang berisiko juga. So, sy tukar gear 1 pigi free gear then turun bukit. Memang masa tu sy langsung tidak fikir yg ada calon2 di belakang yg menjadi penonton sy, apa yg sy terfikir masa tu hanyalah mau buat yg terbaik, mau lulus. Syukur kepada Tuhan, kali kedua sy buat kedudukan tayar tu lebih baik daripada sebelumnya. Fuh..lepas angkat tangan sy terus tekan minyak dan ;epaskan clutch perlahan-lahan sampai rasa kereta tu bergerak then lepas handbreak. Lepas kereta dah turun, rasa lega,. Tapi masa tu tidak tahu pa result dia. Masa turun tu, enjin kereta mati mau start balik x dapat sebab tlampau nervous, so pekerja kat institut latihan memandu tu suruh sy kluar and pigi tempat tester kat bukit tu tandatangan borang. Lepas tu, sy p la tandatangan. Nasib baik lulus. So, lepas tu tester tu cakap bagi borang ni dgn tester d parking. Fuh, maknanya sy dah lulus bukit. Pekerja institut yg tolong bagi borang tu. Sempat lagi pekerja tu pesan, (actually dia pun tutor jugak) jgn kelam-kabut, slow2.. tmbah juga la semangat bila ada org beri galakan mcm tu. Fuh, bahagian parking ni sy tidak risau sebab boleh mati enjin, masa pun panjang so tidak ada masalah buat tadi. Bahagian tiga penjuru yg agak menakutkan sebab kat sini agak mencabar sebab kita hanya boleh buat 3 pergerakan sahaja, iaitu; masuk,undur dan keluar. Nasib baik tadi buat ok. Cuma masa before masuk tu kena kasi lurus kereta agak lemah part tu. so, tadi  agak cemas mau luruskan kereta. 2 kali juga undur depan luruskan kereta masih juga senget. Malas mau luruskan lagi, sy cakap hentam saja la. So masuk gear 1, angkat tangan bergerak perlahan-lahan, bila stereng dah selari dengan tiang cepat2 pusing stereng sebelah kanan dan brek kereta bila kereta dah lurus. Rasanya tadi buat cantik kali.. heheh.. Pastu pusing stereng sebelah kiri sampai habis, masuk gear reverse macam biasa bila kereta dah lurus brek, dan tukar gear 1 jalan keluar dari 3 penjuru. Masa mau reverse tu kereta tidak bergerak, pastu tester cakap pijak clutch habis bila tukar gear. Nasib tester tu tidak garang. huhuhu.. Bila dah buat semua, sy p tandatangan borang. akhirnya, setelah membazirkan RM100, saya LULUS. Gembira teramat sgt bila tester tu cakap jes, kamu lulus. Bagus pegawai JPJ ni, sempat lagi dia pesan Jes, bila dah ada lesen hati2 bawa kereta. Sy hanya mampu cakap thank u. he he.. sukanya hati ini bila dah lulus..


~Syukur kepada Tuhan kerna memberiku kekuatan dalam menghadapi ujian~

~Trimas juga kepada seseorang yg istimewa di hati sebab wish "GudLuck" tadi pagi. Walaupun simple mesej ko td pagi hanya perkataan "gudluck".. tp sy dah cukup terharu. Tq. Cyg ko!

~Dan sy juga btrima kasih pada ibu sy. Sy tahu dia ada mendoakan utk kejayaan sy selama ini. Trima kasi mama.. Kasih syg mu tiada terhingga.


~newPerodua MyVi~ 





0 comments:

Post a Comment