Sebuah Tanggungjawab

Apa yang anda mengerti tentang tanggungjawab?? Bagi ku, ianya bukan sekadar satu perkataan. Ianya merupakan tugas yang harus dipikul dengan penuh keikhlasan, kegigihan. Sudah semestinya pada umur ku yang meningkat dewasa dan sudah bergelar wanita aku sudah pun mempunyai tanggungjawab walaupun aku belum pun mulai bekerja. Aku percaya semua anak-anak dalam dunia ini ingin membalas jasa ibubapa mereka dengan apa jua cara sekalipun. Begitu jua dengan diriku ini.. Terlalu banyak jasa ibuku kepada kami adi-beradik. Aku tidak mampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata. Dan aku juga tahu yang ibuku meletakkan harapan yang tinggi kepadaku. Walaupun, aku ini merupakan anak kedua bongsu namun aku merasakan yang aku mempunyai tanggungjawab yang amat besar.

Kadang-kadang, aku merasa sangat terbeban dengan tanggungjawab ini.. Aku merasakan hanya aku sahaja yang diharap.. entah mengapa.. Mahu kata aku ni rajin sangat, taklah juga.. Cuma aku lebih banyak mendengar cakap dari melawan.  Tetapi, aku berjanji akan menunaikan segala tanggungjawab dengan kemampuan yang aku ada~

0 comments:

Post a Comment