~ Little Angel now in a heaven~ Aunty always miss u.. |
~dikebumikan pada 8/07/2009 ~ |
Pemergiannya kurelakan walaupun sebenarnya berat hati ini "melepaskannya". Dulu, aku memang selalu menangis apabila teringatkan dia. Namun akhirnya aku sedar Tuhan lebih menyayanginya. Dan aku percaya sekarang dia gembira berada di syurga. Syukur pada Tuhan si comel ini sempat dibaptis disaat dia nazak. Nama baptis dia ialah Ann. Namun, paling menyedihkan emakku tidak sempat pun untuk mendukung cucu sulungnya itu. Padahal bulan Ogos 2009 emakku mahu terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat cucu pertamanya itu. Emakku sempat melihat cucu pertamanya itu tetapi cucunya itu berada dalam sebuah keranda! hmm..
Jika dia masih hidup, usia dia sekarang adalah 2 tahun 4 bulan. Aku pasti sekiranya dia masih ada di dunia ini dia adalah kanak-kanak yang sangat comel sebab dia mempunyai lesung pipit di tepi bibir iras seperti kakakku.. Namun, semua itu hanyalah kenangan. Kenangan yang tidak akan kulupakan!
Dan pada hari ini, aku mendapat berita yang mengembirakan kami sekeluarga. Kakak sulungku telah mengandung lagi. Ini adalah berita yang kami memang nantikan. Ini kerana, kakakku ini hanya boleh mengandung setelah tempoh 3 tahun disebabkan dia melahirkan si comel secara caesarian. Aku harap semuanya berjalan lancar. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan 'rezeki' kepada kakakku. Semoga kandungannya sihat.. Amen + +
p/s : semasa mengarang kisahku ini, airmata ini mengalir.. hmm..
Amen!
ReplyDeleteTuhan memberkati. He he.
yap.. Tuhan memberkati kita semua.. Hehe..
ReplyDelete