Selfish??

Mengapa?? Ini bukanlah emosional tapi ia memang berlaku pada diriku.. Hari ini saya merasakan ada yang mementingkan diri sendiri.. Mereka semua ada, hanya diri ini sahaja tiada.. Diri ini bermonolog, 'biarkan,sabar sahaja...' Akhirnya,aku redha dan terus pergi mendapatkan benda itu.. Tetapi aku tidak dapat mengelakkan daripada diriku ini tertanya-tanya. Mengapakah mereka melakukan sedemikian terhadap diriku? Apa salahnya mereka tolong aku untuk mendapatkan benda itu.. Susah sangatkah? Selama ini, aku tidak pernah pun berbuat sedemikian terhadap mereka.. Hmm,hanya Tuhan sahaja tahu perasaanku ketika itu. Mungkinkah disebabkan aku selalu berkurung di dalam bilik, jarang berbual mesra dengan mereka? Bukannya diri ini sombong ataupun malu..tapi maaflah aku merasakan cara kita berbeza. Aku berkecil hati dengan layanan mereka terhadapku. Memanglah setiap manusia tidak akan lari daripada sifat "pentingkan diri sendiri, bahkan diri ini mempunyai sifat tersebut. Apapun, aku sentiasa ingin menjadi Insan yang baik,walaupun kadang-kadang jahat.. 

*******************************************************************************

2 comments:

  1. ehem2.. cuba komen.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. ehem2... dah berjaya k0men... hihi.. anyway,thanks tunjuk ajar pasal blog ar.. skrg sia tgh try utk mempercantikkan lagi blog sia..but n0w i'm busy with my research...

    ReplyDelete